Monday, 1 February 2021

Papan Suis Utama / Main Switchboard (MCB)

Papan Suis Utama / Main Switchboard (MCB)

Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mulamula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan ditempatkan disini. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik. 

*Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V untuk selama 1 saat (BS 5486).

Untuk info yang lebih banyak boleh tekan link dibawah atau disini

 slideshare papan suis utama


Jenis-Jenis PSU

Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu:

1. Jenis melekat di dinding (wall mounted) 

2. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access) 

3. Jenis Cubicle (floor mounted front / rear access)


Binaan PSU

PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. 

Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambong sahaja rangka tambahan. Dibahagian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tidak kurang dari 2mm.

 Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang mencukupi hendaklah dipasang dibahagian bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.

Edit by Akim Abd Aziz

No comments:

Post a Comment