Friday, 25 December 2020

Hari Bermaknaku

 Selamat Hari Lahir !

Assalamualaikum. Sihat semua ? harini nak cerita sikit. Disebabkan blog ni antara salah satu tempat luahan hati aku selain status whatsapp, aku nak share something.

OK, kita mulakan dari kisah sedih aku dulu HAHAHAHA. Act aku tak pernah merasa nak sambut bithday tau. Jangankan dapat hadiah, dapat suprise pun tak pernah WKWKWK.. Tapi Alhamdulillah untuk kali pertamanya dalam hidup aku rasa perasaan bahagia macam ni. 7 Dec lepas aku dapat bouquet dari tersayang, siap sekali kek dengan kad. Orang hantar tu rahsiakan but aku tahu cuma dia je yang ingat. Masa tu suka, sayu, semua bercampur. Yelah, first time kot dapat benda macam ni kan.. memang akak tu bagi aku terus menangis teresak-esak sampaikan masa dia nak amik gambar pun muka aku penuh dengan air mata. 






See ? bahagia kan muka aku masa ni ?Yeahh, 07 Dec 2020 adalah hari paling bermkna untuk aku yang aku akan kenang selamanya.







Selang beberapa minggu si Dia datang rumah, macam biasa kitorang keluar jalan-jalan pusing semualah. But, ceritanya bermula bila aku nak hantar dia balik. Sebelum tu kitorang pergi KL, aku tak tahu dia memang nekad sangat nak belikan aku kerusi gaming. Before tu memanglah aku selalu cerita yang aku nak beli but amik masa sikit sebabnya kerusi yang aku nak beli tu harganya dlam lingkungan RM750 kalau kat shopee. Tak pelik lah dengan harga dia sebab kerusi TODAK kan..

Masa tu dia nekad jugak then dia belikan kerusi gamimg TOMAZ. Ya Allah dengan harga RM1300 tu betul betul buat ku menangis. Aku tersandar menangis dekat bahu dia sebab benda ni aku tahu nilainya dan aku tahu aku memang takkan mampu untuk beli. 

Memang dapat tu aku menangis sampai tak tahu nak cakap apa lagi. Sumpah memng ni lah hadiah paling berharga yang aku pernah dapat dalam hidup aku. Tiap dalam doa saya semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudhkan segala urusan awak dunia akhirat sayang. Terima kasih untuk hadiah ni, saya hargai sangat. Mana mungkin aku akan buang orang yang tiap saat buatkan aku bahagia. Insyaallah segalanya saya akan balas balik dengan sesuatu yang bermakna untuk awak.










Tuesday, 3 November 2020

Kehadiran Insan Teristimewa

      Assalamualaikum.

Memandangkan aku dah lama tak menaip, harini aku nak main jari jemari aku. Actually benda ni dah lama aku terniat nak tulis sejak dari aku belajar dekat POLITEKNIK lagi. Aku sendiri tak tahu macam mana nak mulakan.. *kohkohkoh

     Okey macam ni, aku dari dulu nak sangat tulis dalam blog tentang orang yang aku suka/sayang but aku tak pernah dapat apa aku nak ( ketulusan hati). Kebanyakkan yang aku jumpa mesti yang datang sebabkan kelebihan semata-mata dan pergi bila mula nampak kekurangan. Jadi bila aku dah jumpa dan dapat apa yang aku nak selama ni, itulah sebabnya kenapa aku buat blog ni.

     Aku habis politeknik masa tahun 2017. Tak sempat habis pun sebabkan aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masa tu motosikal aku memang teruk sangat sampaikan body boleh bengkok. Aku datang dari keluarga yang sederhana, masa tu memang fikir habis tak tahu macam mana nak balik kolej sebab aku kemalangan masa aku balik kampung. Teruk tak teruk jugak, tangan kanan aku patah jugak masa tu, mujur tuhan nak bagi aku peluang untuk berbakti pada mak ayah dan orang sekeliling lagi.

     6 bulan selepas kemalangan aku sambung untuk belajar dekat institut lain dibawah MARA. Syukur Alhamdulillah dapat jugak sambung belajar. Aku kena habiskan 3 tahun dekat sini untuk dapatkan diploma aku. Aku buat yang terbaik tiap sem sebab sini peluang terakhir ku untuk belajar. Alhamdulillah setiap sem pointer aku 3.5 keatas. Bersyukur dapat membanggakan mak abah aku.

     Okeh cerita dia dekat sini. Masa aku sem 5 aku dihantar oleh company dekat sekian tempat ni untuk Latihan Industri. Hari pertama dan seterusnya berjalan macam biasa tak ada apa yang istimewa pun. But, lepas sebulan LI dekat situ aku ada terperasan sorang ni, cantik, manis, ayu. Sumpah memang jatuh cinta pandang pertama aku masa tu bila aku nampak senyuman dia kali pertama. Start dari hari tu aku memang kerja mengendap dia je..Aku rasa dalam sehari aku kerja 4 jam je sebab 4 jam lagi aku melilau untuk cari dia dan berharap akan terserempak dengan dia dekat mana mana.

     Aku ni jenis spesis purba yang jenis kalau suka tu memang aku pandang je selalu dengan pandangan manja aku *hahahahahah. Tapi memang gentle dia langsung tak pandang aku. But, benda tu yang buat aku lagi tertarik dekat dia. Makin hari aku makin tertarik dengan dia,sampailah suatu tahap aku nak abis LI. Masa tu sumpah rasa nak nangis sebab bila kau jatuh cinta dengan someone but kau terpaksa tinggalkan cinta tu jauh-jauh. Makin dekat dengan tarikh keramat untuk aku stop LI tu aku makin cuba untuk dekat dengan dia. Tapi tetap tak berjaya tapi aku tahu dia mula sedar keberadaan aku dengan berkat kucing kesayang aku yang melepak bawah kereta dia masa tu.

     Seminggu sebelum habis LI tu aku dapat call dari satu nombor yang aku tak kenal. Aku angkat tiba-tiba dapat soalan dia "ada masuk kerja tak ?", aku yang tak datang kerja masa tu pun pura-pura kata datang sebab takut kerani syarikat yang tanya. Lepastu dia tanya lagi "ada letak apa-apa dekat kereta saya?", Dushhh.. terus aku dapat teka. Aku terus tanya balik satu soalan, "ni bidadari *** ke ?" sebab aku memang gelar dia dengan panggilan tu *HOHOHOHO , masa tu sumpah heaven nak mam..

     Dari tengah hari sampailah ke tengah malam kitorang OTP. Aku beranikan diri aku untuk bagitahu dia tentang isi hati aku. Dia pun dengar penuh semangat. Esok tu terus lock untuk jumpa dekat satu tempat tu. Semangat aku pagi tu lain, dah macam nak baru lepas kena jackpot dah pun. Semangat aku drive jumpa dia sampaikan tak sedar bonet kereta tak tutup rapat masa tu (nasib tak terbukak je) . Aku jujur semua apa yang aku rasa kat dia masa jumpa tu. Memang aku dari A-Z aku cerita, dia pun cerita tentang diri dia. Sejak tu aku makin rapat dengan dia. Aku still ingat masa tu duduk terbaring tengah panas depan rolling shutter stor sebab lapar ( student LI mana ada duit ) then dia datang tanya "tak makan ke ?", tapi mungkin dia tengok muka aku dah macam zombie tu sebab tu dia call aku lepas dia keluar je nak rehat. Siap belikan McDonalds sekali McFlurry. Sampai harini bila aku tengok resit tu aku akan menangis terbayang orang yang berbudi dengan aku masa aku tak ada apa-apa. Aku ajak dia keluar ( macam biasa student LI mana ada duit sangat ) aku tak expect dia akan bagi duit minyak masa tu siap belanja aku makan Domino's lagi. Actually aku sendiri sekarang menaip sambil menangis bila nak kenang balik semua cerita ni sebab aku rasa ni story terindah dalam kamus hidup aku. Aku rasa kehadiran aku dihargai, aku rasa ada orang yang sayangkan aku dan risaukan aku. Menangis bila ingat semua tu sebab benda yang aku tak pernah rasa.

     Aku sedar diri aku tak mampu berikan macam-macam, aku cuma mampu berikan dia layanan yang paling layak dia dapat. Dia mula jatuh hati dekat aku, masa tinggal 3 hari lagi sebe;um balik aku nampak dia mula lain. Aku dapat rasa dia taknak aku berheni sebab aku tahu dia akan rindukan aku. Maklumlah aku selalu parked kereta aku mencelah kereta dia. TApi masa tu dia kata nak ikut aku balik kampung sebab dia tak pernah ada kampung (yang bersuasanakan kampung sebenar). Memandangkan aku pernah post gambar dia dekat group WA family dan mak aku pun pernah suruh aku ajak dia datang, aku setujulah untuk bawak dia balik.

     Dia follow aku rapat. Masa tu hujan lebat aku naik motor je pulak tu. Bial berhenti rehat aku nampak raut wajah dia risau tentang aku. Aku tahu dia sayangkan aku sebagaimana aku sayangkan dia, dia terima kekurangan aku. Dari pukul 6 petang gerak, pukul 8 pagi baru sampai..jauh kan ?

     Sampai dekat rumah aku kenalkan dekat mak ayah aku. Masa tu mak ayah aku senyum dekat aku. Sempat mak aku tarik gi dapur cakap "yang ni mak berkenan" ayah aku pun cakap "budak ni okay,baik gayanya ni jenis tak berkira,hormat orang tua". aku speechless, first time aku bercinta dapat restu mak ayah beb. Dia pun terima kekurangan family aku yang tak seberapa dan dia kata dia suka family aku. Dia rapat sangat dengan mak ayah aku, mak aku dah anggap dia macam anak sendiri sampaikan aku dipinggir *HAHAHA . Dia makin kerap datang dan makin rapat dengan family aku,aku nampak kasih sayang dia dekat aku, dia terima segala kekurangan aku, dia hargai aku, dia buat aku jatuh cinta dengan dia setiap hari. Dia jugak perempuan pertama bagi suprised dekat aku. Seumur hidup aku tak pernah dapat suprised dari sesiapa termasuk family even hari lahir sediri but dia suprised kan untuk aku sebab nak minta maaf tak chat dua hari. Ya Allah menangis aku taip bertemankan bouquet yang di hadiahkan dekat sebelah ni. Aku takkan sia-siakan dia, terlalu banyak dia ciptakan kenangan manis dalam hidup aku.

     Alhamdulillah sampai sekarang aku masih dengan dia, Insan yang ku sangat sayang (AR). Perempuan yang betul betul melengkapi segala apa yang aku angankan. Hormat, dengar kata, tak pernah tinggikan suara, setia dan yang paling penting hargai setiap kasih sayang aku dan balas dengan kasih sayang yang berlipat kali ganda. Doakan kasih sayang dan hubungan kami kekal. Syukur kehadrat Illahi juga kerana menemukan aku dengan seorang wanita yang sangat sangat menyayangi dan menghargai aku.

     sekianlah cerita aku yang aku tanamkan dalam hati untuk tulis dalam blog dulu, aku tunaikan janji aku.